Catatan

GELISAH PECINTA HAIWAN

Imej
  Badanku menggigil menahan kesejukkan bersama si bulusku menarik selimut agar hangat secangkir teh hangat kuhirup biskut panas digigit aku duduk dalam rumah hangat. Tiba-tiba fikiran terlintas bagaimana keadaan si dia adakah dalam keadaan kesejukkan adakah sedang menahan kelaparan adakah anak-anaknya dapat tahan terlalu banyak persoalan rasa resah-gelisah sanubariku. Tiba-tiba fikiran terlintas mengapa si dia banyak diseksa mengapa banyak membuangnya mengapa dan mengapa tiada siapa beri jawapan kerana sering kali dilakukan. Aku tidak mampu  menolong semua ku harap semuanya baik-baik sahaja. Nuratiqah Batu Pahat,Johor 18 Julai 2022

HANGATAN BARKARA

Imej
Diri mengomel pada diri terlalu banyak tanda soal yang tak boleh diselesaikan mengapa hari semakin panas. Sang Kancil meminta kepada barkara jangan memberi sinaran hangat kata barkara bukan aku tapi mereka. Aku telah cuba  memberikan cuaca dingin tapi mereka akan kata tanaman akan rosak. Kerana itu aku terpaksa bagi kehangatan lalu mereka merungut lagi! Mereka fikir itu salahku padahal aku sentiasa melihat debu berterbangan di udara muncul bangunan berwarna-warni tiada tumbuhan hijau semuanya hilang tiada tersisa. Nuratiqah Batu Pahat,Johor 10 Julai 2022

PERSPEKTIF

Imej
  Malu tak semua orang faham akan perkataan itu padahal semua orang memilikinya. Malu malu apabila kita tiada keyakinan malu apabila kita dihina tapi mengapa kita malu padahal semua orang memilikinya. Jawapannya hanya satu terlalu takut  akan pandangan mereka. Takut apabila mereka memberikan pandangan yang berbeza seperti malu dikata sombong. Dan perkara ini  tidak akan akan tamat selagi perspektif manusia tidak berubah. Nuratiqah Batu Pahat,Johor 9 Julai 2022

KASIH YANG HILANG

Imej
  Maafkan aku tingkah lakuku sangat biadap diriku tidak sedar hembus sahaja kata-kata yang tajam tanpa fikir sanubarimu. Maafkan aku sudah lupa pengorbananmu sudah lupa akan lelahmu sudah lupa akan semangatku. Maafkan aku menjadi anak derhaka tidak sempat sujud di kakimu kamu telah pergi dari hidupku. Maafkan aku menjadi permata yang gagal membalas jasamu. Nuratiqah Batu Pahat,Johor 8 Julai 2022

GENGGAMAN PERAJURIT

Imej
  Buat perajurit semua terima kasih melindungi kami  terima kasih tidak meninggalkan kami walaupun ada usia yang dimamah namun kamu semua tetap berjuang. Buat perajurit semua jiwamu memang kuat sentiasa mendahului anak watan memegang kuat senjata di sampingmu. Buat perajurit semua kami kagum kepadamu sanggup menutup mata kami daripada teraba-raba dalam kegelapan  menghadiahkan kirana kepada kami. Buat perajurit semua kami tahu kau sudah tiada di bentala ini hanya bayangan kamu ditinggalkan  agar sentiasa mengingatimu Semoga generasi seterusnya menghargai jasa di sebalik senyumanmu. Nuratiqah Batu Pahat,Johor 7 Julai 2022

MENCARI DIRIKU YANG LALU

Imej
    Sahabat, aku tahu kau ada disisiku tapi entah hilang ke mana dan hatiku bertambah pilu seperti ada duri yang menusukku. Sahabat, aku tidak kuat seperti aku bersama kau dahulu aku jadi semakin takut aku jadi semakin lemah. Sahabat, adakah kau memaafkan diriku adakah kau akan membenciku yang semakin hanyut dalam khayalan. Sahabat, aku mohon hadirkanlah dirimu aku insaf atas khilafku maafkan aku telah mengabaikanmu. Sahabat, jika kau dengar isi sanubariku aku mahu kau tahu tanpa kau aku hanya insan biasa kembalilah kepadaku semula. Nuratiqah Batu Pahat,Johor 6 Julai 2022