GENGGAMAN PERAJURIT

 

Buat perajurit semua

terima kasih melindungi kami 

terima kasih tidak meninggalkan kami

walaupun ada usia yang dimamah

namun kamu semua tetap berjuang.


Buat perajurit semua

jiwamu memang kuat

sentiasa mendahului anak watan

memegang kuat senjata di sampingmu.


Buat perajurit semua

kami kagum kepadamu

sanggup menutup mata kami

daripada teraba-raba dalam kegelapan 

menghadiahkan kirana kepada kami.


Buat perajurit semua

kami tahu kau sudah tiada di bentala ini

hanya bayangan kamu ditinggalkan 

agar sentiasa mengingatimu


Semoga generasi seterusnya

menghargai jasa

di sebalik senyumanmu.


Nuratiqah

Batu Pahat,Johor

7 Julai 2022


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI DIRIKU YANG LALU

GELISAH PECINTA HAIWAN

PERSPEKTIF