GELISAH PECINTA HAIWAN

 


Badanku menggigil menahan kesejukkan

bersama si bulusku

menarik selimut agar hangat

secangkir teh hangat kuhirup

biskut panas digigit aku

duduk dalam rumah hangat.


Tiba-tiba fikiran terlintas

bagaimana keadaan si dia

adakah dalam keadaan kesejukkan

adakah sedang menahan kelaparan

adakah anak-anaknya dapat tahan

terlalu banyak persoalan

rasa resah-gelisah sanubariku.


Tiba-tiba fikiran terlintas

mengapa si dia banyak diseksa

mengapa banyak membuangnya

mengapa dan mengapa

tiada siapa beri jawapan

kerana sering kali dilakukan.


Aku tidak mampu 

menolong semua

ku harap semuanya baik-baik sahaja.


Nuratiqah

Batu Pahat,Johor

18 Julai 2022








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI DIRIKU YANG LALU

PERSPEKTIF