MENCARI DIRIKU YANG LALU

   

Sahabat,

aku tahu kau ada disisiku

tapi entah hilang ke mana

dan hatiku bertambah pilu

seperti ada duri

yang menusukku.


Sahabat,

aku tidak kuat

seperti aku bersama kau dahulu

aku jadi semakin takut

aku jadi semakin lemah.


Sahabat,

adakah kau memaafkan diriku

adakah kau akan membenciku

yang semakin hanyut

dalam khayalan.


Sahabat,

aku mohon hadirkanlah dirimu

aku insaf atas khilafku

maafkan aku telah mengabaikanmu.


Sahabat,

jika kau dengar isi sanubariku

aku mahu kau tahu

tanpa kau

aku hanya insan biasa

kembalilah kepadaku semula.


Nuratiqah

Batu Pahat,Johor

6 Julai 2022



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GELISAH PECINTA HAIWAN

PERSPEKTIF