HANGATAN BARKARA

Diri mengomel pada diri

terlalu banyak tanda soal

yang tak boleh diselesaikan

mengapa hari semakin panas.


Sang Kancil meminta kepada barkara

jangan memberi sinaran hangat

kata barkara

bukan aku tapi mereka.


Aku telah cuba 

memberikan cuaca dingin

tapi mereka akan kata

tanaman akan rosak.


Kerana itu

aku terpaksa bagi kehangatan

lalu mereka merungut lagi!


Mereka fikir itu salahku

padahal aku sentiasa melihat

debu berterbangan di udara

muncul bangunan berwarna-warni

tiada tumbuhan hijau

semuanya hilang tiada tersisa.


Nuratiqah

Batu Pahat,Johor

10 Julai 2022


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI DIRIKU YANG LALU

GELISAH PECINTA HAIWAN

PERSPEKTIF