KASIH YANG HILANG

 


Maafkan aku
tingkah lakuku sangat biadap
diriku tidak sedar
hembus sahaja kata-kata yang tajam
tanpa fikir sanubarimu.

Maafkan aku
sudah lupa pengorbananmu
sudah lupa akan lelahmu
sudah lupa akan semangatku.

Maafkan aku
menjadi anak derhaka
tidak sempat sujud di kakimu
kamu telah pergi dari hidupku.

Maafkan aku
menjadi permata yang gagal
membalas jasamu.

Nuratiqah
Batu Pahat,Johor
8 Julai 2022

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI DIRIKU YANG LALU

GELISAH PECINTA HAIWAN

PERSPEKTIF