PERSPEKTIF

 

Malu

tak semua orang faham

akan perkataan itu

padahal semua orang memilikinya.


Malu

malu apabila kita tiada keyakinan

malu apabila kita dihina

tapi mengapa kita malu

padahal semua orang memilikinya.


Jawapannya

hanya satu

terlalu takut 

akan pandangan mereka.


Takut

apabila mereka memberikan

pandangan yang berbeza

seperti malu dikata sombong.


Dan

perkara ini 

tidak akan akan tamat

selagi perspektif

manusia tidak berubah.


Nuratiqah

Batu Pahat,Johor

9 Julai 2022




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENCARI DIRIKU YANG LALU

GELISAH PECINTA HAIWAN